Terma & Syarat Rakan Bisnes

 
Terma & Syarat Rakan Bisnes

RAKAN BISNES
- Wajib menggunakan Nama, logo dan produk dari  AnZ Ayam Rangka.

PENDAFTARAN
- Wajib mendaftar sebagai Rakan bisnes dengan mengisi borang dengan lengkap dan menghantar kepada kami.

- Setiap peniaga wajib membayar yuran keahlian sebanyak RM100.00 hanya sekali seumur hidup sebagai tanda yang anda benar-benar ingin berniaga dan memajukan diri.

TEMPAT/LOKASI/TAPAK BERNIAGA
- Rakan bisnes berhak memilih tempat sendiri untuk berniaga.

PENGHANTARAN PERKAKAS UNTUK BERNIAGA
- Rakan bisnes hendaklah mengambil sendiri ditempat/alamat yang telah ditetapkan.

PEMBEKAL
- Rakan bisnes wajib membeli atau menjual Rangka Ayam hanya dari produk AnZ Ayam Rangka sahaja.

- Peniaga tidak dibenarkan membeli dari mana-mana pembekal rangka ayam yang lain.

- Jika didapati melanggar mana-mana terma dan syarat AnZ Ayam Rangka kami berhak untuk menarik balik kesemua perkakas atau barang untuk berniaga yang telah kami beri secara percuma pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang notis. Sebarang rayuan tidak akan dilayan kecuali budi bicara pihak AnZ Ayam Rangka.

KONTRAK
- Setiap peniaga secara tidak langsung akan terikat dengan kontrak untuk selama 1 tahun setelah mendaftar dan membuat pembayaran keahlian. Ianya bertujuan untuk melihat sejauh mana minat dan kerajinan peniaga serta penjagaan barang atau perkakas untuk berniaga yang telah kami berikan secara percuma dan jika berlaku kehilangan atau kerosakan peniaga 100% bertanggungjawab keatasnya. Tiada penggantian atau klaim bagi perkakas yang telah diberi.


PRIVASI
- Semua Data Peribadi  yang diminta adalah bertujuan untuk simpanan kami sebagai tanda perjanjian antara peniaga dan AnZ Ayam Rangka dan ianya selamat dalam simpanan kami dan kami tidak berhak untuk menyebarkan dimana laman sesawang atau laman sosial.

BARANG KEPERLUAN
- Setiap Rakan Bisnes yang berdaftar akan mendapat barang-barang kegunaan untuk berniaga.

SIJIL SAH
- Setiap Rakan Bisnes yang berdaftar akan mendapat sijil Iktiraf dari AnZ Ayam Rangka.

Contoh sijil

Soalan Lazim
Anda : Bilakah yuran pendaftaran RM100.00 perlu dibayar?
AnZ   : Yuran pendaftaran perlu dibayar ketika pengambilan Perkakas untuk berniaga.



Comments

TENTANG KAMI